Rabu, 5 Ogos 2009

FFM Di UMS? (font kecik)
Satu dilema pelajar, sama ada ingin membantah atau menyokong perlaksanaan FFM di UMS ni. Saya, walaupun mungkin tidak sempat 'mengecapi' suasana FFM itu andainya dilaksanakan di UMS, saya tetap merasakan bahang FFM. Ada pihak menentang, ada pihak menyokong. Kepada yang menentang, jutaan tahniah saya ucapkan kepada mereka. Kepada yang menyokong, saya agak musykil apakah relevannya dilaksanakan FFM di UMS? Kat sini saya bagi analogi sikit:
1) Saya pergi sekolah kerana ada sale murah
2) Saya pergi masjid kerana ada Sureheboh
3) Saya pergi disko kerana ada qiamullail
4) Saya pergi supermarket untuk bertanya soalan kepada cikgu

Nampak pelik tak analogi tu? Semua tempat saya pergi tu memang tidak sesuai dengan matlamat dan kehendak saya. Sama kes dengan FFM ni, apakah agenda utama FFM tu? Adakah satu sesi ceramah motivasi ataupun sesi jualan buku murah kepada pelajar UMS? Saya tidak pernah hadir FFM, maka saya agak jumud dengan hal-hal FFM ni. Tapi kalau isu melibatkan FM (Football Manager), mungkin saya tahu la serba sikit.

Saya persoalkan kat sini, bukankah universiti ditubuhkan untuk menghasilkan graduan yang berilmu, bermaksud menghasilkan golongan intelek. Tapi awat pusat tu jadi tempat untuk FFM pulak? Sefaham saya, FFM ni satu agenda ala-ala Barat (atau Yahudi?) yang menghiburkan, penuh sorak sorai penonton, dengan pakaian ala-ala tarzan. Sorry to say, kepada yang Islam tu, awat supot gak FFM ni? Saya tak pastilah sama ada kita dah hadam betul2 kalimah syahadah semasa solat tu, atau saje buat2 lupa. Adakah menyokong FFM ni sebagai bukti menandakan kita mengakui keesaan Dia dan mengakui Rasulullah s.a.w. tauladan kita?

Ada orang dakwa bahawa perlaksanaan FFM ni dikatakan mampu memajukan industri seni, khususnya sekolah seni (SPS). Pikir rasional sikit, Islam pun ada seni, tapi tu bukan caranya. Kita je malas kaji pasal Islam, lepastu fitnah Islam ni takda seni. Walhal kita yang telah didoktrin dengan semangat keBaratan, kita tak sedar pulak masalah tu dalam diri kita. Bukan pesta seni tak boleh buat di universiti, tapi apa faedahnya kita dapat pun andai festival tu dilaksanakan di situ? Cuba kaji balik betul2, tapis elok2, muhasabah balik, lihat mana lagi banyak - keburukan atau kebaikan. Tapisan ini bukan tapisan yang mengikut nafsu, tapi mengikut ilmu dengan nurani yang suci. Lagipun, apa jadahnya pusat ilmu dijadikan zoo? Adakah kita semua yang belajar di universiti ni beruk-beruk yang berilmu belaka, ibarat dakwaan prof Darwin? Andai statement ni menyebabkan saya dituduh kurang ajar, ayat tak berlapik etc la, maka pandang aspek lain pulak, tak kurang ajar ke kalau laksanakan pesta hu-ha di pusat ilmu? Sepatutnya pusat ilmu menghasilkan intelek, bukan mendoktrinkan bakal-bakal intelek ni supaya terkinja-kinja macam lipas.

Saya taknak komen banyak2, pasal saya pun taktau ape sebenarnye berlaku di 'ove-c' sana. Cuma saya berhujah atas rasional diadakan mende alah tu. Berbalik kepada analogi saya tadi, agak-agaknye la, apa rasa ibubapa kalo anak-anak p skolah untuk shoping barang murah? Apa faedahnya seorang ustaz p masjid melayan sureheboh? Apa rasionalnya seorang artis mengadakan qiamullail di pusat disko? Dan apa kejadahnya saya pergi Tesco mencari cikgu untuk siapkan homework? Kita semua ada akal, semua dah besar, semua ada agama (kecuali atheis), semua dah boleh pikir, semua dah tau azab kubur camna, semua dah tau dosa+pahala, tapi kita semua taktau bila kita mati je. So, pepandailah kita hidup, kalau buat salah kena berani la tanggung kat sana nanti ok. Andainya dilaksanakan juga FFM di UMS nanti, maknanya kita jangan terkejut la kalau ada artis sudi buat konsert kat masjid lak lepasni. Wallahu'alam..

more via http://sixiangjia1786.blogspot.com/2009/08/satu-momentum.html
------------------

Pada pendapat encik/mencik/tuan/puan/anda, apakah tindakan kita bagi menghadapi wabak H1N1 ni?


Ustaz : Amal makruf nahi mungkar

Prof : Erm..sebenarnya kami telah menjalankan transformasi terhadap E. coli. Dengan memasukkan gen 1F-1 dan 1F-2 dari C. elegans ke dalam lokus 590 E. coli, Insyaallah bakteria ini akan diransang untuk menghasilkan sejenis antibodi yang dinamakan AnBex 590. Dalam seminggu lagi kultur ni akan siap

Cikgu : Prepare kerja rumah student awal2. Kalo sekolah kena kuarantin nanti, at least diorang dah standby untuk final exam

Kawan : Macam ang tak paham je kawan ang neh..

Member : Tunggu tindakan susulan kerajaan..

Gadis : Basuh tangan bersih-bersih, elak daripada kena sebarang flu, kena kurangkan bersosial la buat masa ni

Siswa : Ramai gak orang kena tangkap demostrasi mansuhkan ISA tu. Eh, kamu tanya saya ke? (pastu sambung belek paper utusan)

Siswi : Entahla..saya buntu skang ni, risau midterm minggu depan. Ada boyfrend pun tak kisah kat saya yang tengah tensen ni

Obama : Oh well..My beauty Colonel Rice would handle that part. I'm now focusing on how to....eh, wait a minute, did i see you before?

Harry Porter : What? Griffindor!!

Polis : Buat masa ni, situasi masih stabil, tiada orang meninggal dilaporkan. Jadi kita tunggu tindakan susulan dari bahagian kesihatan sama ada perlu ditambahkan pusat kuarantin atau kaedah lain. Kamu tak terlibat dengan perhimpunan 1 Ogos kan?

Menteri Kesihatan Belarus : I think this matter is under control. I hope all Belarusian especially Aliaksandr Hleb will not panic, because everything is fine. I repeat, fine. The flu cases was reported here recently was a common flu, not H1N1. So dont forget to come many-many (ramai-ramai) to my birthday party. (saya guna penterjemah untuk translate bahasa)

Imam masjid : Kami akan adakan sesi ceramah dan solat hajat minggu hadapan selepas Isyak. Esok kami akan tampal poster insyaallah

Shaun the Sheep : Mbeeeekkk...teneng2x teng, teneng2x tung, teneng6x (lagu background)

TV : Calon BN untuk pilihanraya DUN Permatang Pasir akan diumumkan minggu hadapan

Saya : Tidur, main game, buat laporan (fikir je, tak buat pun), chatting, baca shinchan, tengok spongebob, tidur balik...bahagianya hidup ni..

Korang : ________________________

more via http://sixiangjia1786.blogspot.com/2009/07/satu-situasi.html

-------------------------------

Ubat
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan: “kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yg dusta" (Al-Ankabut : 2-3)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-Baqarah : 286)

"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman" (Ali Imran : 139)

"Hai org2 yg beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran mu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung" (Ali Imran : 200)

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi org2 yang khusyuk" (Al-Ankabut : 45)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka" (At-Taubah : 111)

"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal" (At-Taubah : 129)

"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yg kafir" (Yusuf : 87)

more via http://sixiangjia1786.blogspot.com/2009/07/satu-penjelasan.html

Khamis, 11 Jun 2009

Emas hitam


EMAS HITAM DAN SEJARAHNYA

Istilah Petroleum merupakan istilah yang dipinjam daripada bahasa Greek dan kini merupakan penggunaan harian dalam semua bahasa. Dalam kewujudan tamadun melayu, masyarakat Melayu mengenali petroleum sebagai minyak tanah kerana minyak tersebut ditemui berasal dari tanah atau bawah permukaan tanah. Satu istilah yang menarik digunakan oleh masyarakat asli di Nusantara terutama di jawa dan sekitarnya, ialah ‘minyak lantung’. Lantung diistilahkan sebagai batu, jadi minyak lantung adalah dikenali sebagai minyak batu, serupa dengan istilah masyarakat barat iaitu ‘petroleum’. Petra bererti batu dan oleum bererti minyak.

SEJARAH PENEMUAN
Pada awal manusia bertamadun, petroleum digunakan sebagai pelekat terhadap susunan batu-bata binaan seperti rumah, benteng, jalanraya dan sbgnya. Selain itu, manusia juga menggunakan tar sebagai bahan penting supaya kalis air. Beberapa bukti sejarah; pada zaman Nabi Nuh, telah tercatat penemuan tirisan petroleum di permukaan bumi daerah Mesopotamia. Nabi Nuh ketika itu dikatakan telah memanfaatkan tar agar kapal laut yang dibina itu kalis air. Di kawasan teluk Parsi, asphalt digunakan sebagai bahan pelekat pada bahan perhiasan perempuan. Ia juga dikatakan sebagai bahan penting dalam campuran binaan bakul di mana Nabi Musa diletakkan untuk dihanyutkan ke dalam sungai Nil.

DIANGGAP TUHAN OLEH MASYARAKAT MAJUSI
Dalam sejarah penemuan hidrokarbon asli di kawasan Parsi, Timur tengah, terdapat tirisan petroleum yang menyebabkan banyak gas-gas petroleum menyembur keluar ke permukaan. Akibat cuaca panas yang terik, menyebabkan selalu berlaku kebakaran yang berpanjangan di situ. Ada di antaranya digelar ‘unggun api abadi’ dan masyarakat ketika itu merasakan bahawa api mempunyai kuasa kerana tidak padam sehingga bila-bila. Maka masyarakat berkenaan menjadi masyarakat penyembah api yang disebut Zoroaster.

EMAS HITAM DAN KETAMADUNAN
Dunia teknologi petroleum semakin moden dengan kemajuan dalam berbagai-bagai disiplin seperti geologi, telnologi pengerudian dan geofizik yang kemudiannya digabungkan dengan geofizik nuklear dan kosmofizik. Ilmu ini merupakan khazanah Allah yang perlu digunakan secara efektif. Ilmu ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada ilmu yang Allah turunkan kepada manusia. Pada abad ke-21 ini, jelas menunjukkan trend keperluan petroleum dan gas asli yang amat tinggi. Bersumberkan faktor ini, tindak-tanduk manusia boleh menjadi tidak rasional untuk menguasai sesebuah Negara yang kaya dengan petroleum. Sifat kerakusan dipengaruhi oleh kedangkalan manusia untuk menjelaskan fakta yang sebenar. Keputusan ini menyebabkan penduduk bumi menjadi resah dan politik dunia semakin tidak stabil. Akibatnya, Negara yang kaya dengan rizab petroleum cenderung untuk dijajah oleh kuasa besar dengan cara kekerasan. Malah, pergolakan politik hari ini mungkin berterusan sehingga bila-bila masa, berpunca daripada sikap tamak manusia untuk menguasai rizab EMAS HITAM.

Selasa, 26 Mei 2009

Untung sabut timbul, malang batu tenggelam

Dari kecil, besar..setelah besar,nikah..setelah nikah punya anak.. setelah punya anak, punya cucu..setelah punya cucu, kok..mati. Begitu lontaran kata-kata adik Bunga didalam program reality tv Indonesia: pildacil musim ke-3.

Mengimbas kembali masa silam, dari sekolah rendah ke sekolah menengah yang merupakan pelajar yang masih mentah. Tekun mendengar cikgu mengajar. Ada masanya menongkat dagu dan bermonolog sendiri, “bilalah kelas nak habis ni” . Kadang-kadang mengangguk-mengangguk faham sampaikan tidak sedar kepala mencecah ke meja. Akhirnya UPSRnya bagus, PMRnya bagus, dan SPMnya Alhamdulillah bagus, terus ke matrikulasi melanjutkan pengajian.

Seusai majlis ikrar, lantas bergelar mahasiswa UMS. Universiti mempunyai landskap tercantik di Asia Tenggara, Alhamdulillah..Sungguh beruntung diri terpilih di antara ribuan anak bangsa yang hayatnya dihabiskan berhempas-pulas membantu ibu ayah mencari sesuap nasi menyambung nyawa, atau yang tercicir dari mendapat pendidikan, berpeleseran di tepi-tepi jalan tanpa tujuan.

Kini selesai tesis, tinggal Latihan Industri. Dirasakan terlalu singkat masa berlalu. Baru dirasakan seperti mahu kembali ke tahun satu, membuka buku satu persatu. Tiga tahun tidak cukup untuk mendalami ilmu geologi yang begitu luas, apatah lagi mendalami ilmu agama yang menjadi modal utama seorang mahasiswa yang mengaku sebagai ahli gerakan islam.


UNTUNG SABUT TIMBUL, MALANG BATU TENGGELAM
Malang sekali sekiranya mahasiswa ini memandang peluang di Universiti yang dianugerahkan Allah sebagai satu kebetulan. Lantas, janganlah lalai dan leka dengan “nikmat kejayaan” yang lalu sehingga lupa mengekalkan momentum kejayaan tersebut. Inilah yang dikatakan untung sabut timbul, malang batu tenggelam. Orang yang untung melihat kejayaannya yang lepas sebagai pengalaman, manakala orang yang malang pula melihatnya sebagai trofi yang perlu dijulang.


Firman Allah S.W.T; maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan). Tetaplah bekerja keras (untuk urusan yan lain).-surah Al insyirah(7)

BERPEGANG PADA OBOR KEHIDUPAN
Soalan yang sering bermain fikiran, apa aku nak jadi sebenarnya? Kelebihan aku dimana? Ada yang mengatakan lima tahun belajar akhirnya kerja tidak ada sangkut paut dengan yang yang dipelajari di Universiti. Berfikir sebegini kerana melihat belajar di universiti sebagai sijil untuk memperoleh kerja yang bergaji lumayan (tidak juga salah) tetapi telah merendahkan martabat ilmu yang Tuhan kurniakan.


Kehidupan ibarat sebuah pelayaran, ada masa berlayar dan berlabuh di pulau-pulau persinggahan. Di pulau persinggahan ini kita turun dan mencari bekalan dan pengalaman baru untuk dibawa berlayar semula. Semakin banyak pulau-pulau yang yang kita singgah, semakin banyak pengalaman yang kita dapat untuk diceritakan dan digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Maka menceburi bidang-bidang yang pelbagai yang kurang diminati bukan bermaksud kita tidak mengenali diri sendiri tapi lebih kepada usaha kita mengenali siapa diri ini sebenarnya. Wallahu’alam..

Jumaat, 20 Februari 2009

Remaja, hidup muda hanya sekali

Remaja, jom rebut peluang kita!

Teringat saya pada kata-kata imam Yusuf Al-Qardawi yang lebih kurang maksudnya ; “jika kau hendak melihat masa depan sesebuah Negara, lihatlah pada golongan remajanya. Jika remajanya berhemah tinggi dan baik peribadinya maka negara itu mempunyai masa depan yang cerah. Jika remajanya adalah sebaliknya, maka tunggulah saat-saat kehancuran Negara itu”. (jika salah tolong betulkan)

Peranan remaja dalam kehidupan masyarakat amat besar sebenarnya. Sejak zaman dahulu hingga mutakhir ini hakikat itu tidak pernah berubah. Banyak sunnah-sunnah nabi, sirah nabi dengan para sahabat menceritakan betapa besar peranan remaja.

Antara hadis-hadis Nabi S.A.W yang ditujukan pada golongan remaja
Hadis nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh imam bukhari; “ 7 golongan yang diberi perlindungan pada hari yang tiada sebarang perlindungan kecuali dariNya. Yang pertama ialah golongan belia yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid. Golongan kedua….”hingga akhir ayat. Berdasarkan situasi biasa hampir tiada remaja yang solat berjemaah di masjid (yang hadir kebanyakannya golongan KRU-kumpulan rambut uban) sebab remaja kini lebih suka solat sendirian dan sering pula melewat-lewatkannya. Jadi, sama-sama kita rebut peluang sementara usia masih remaja untuk menjadi golongan pertama yang mendapat perlindungan Allah kelak!
Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh imam ahmad “rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati”.

Melihat pada hadis ini, remaja adalah golongan yang lapang. Kita belum ada sebarang komitmen, jika ada pun adalah tugas menuntut ilmu yang kadang-kadang sering kita pinggirkan. Remaja punya banyak masa untuk terjun dalam masyarakat untuk melakukan ibadah dalam pelbagai lapangan. Orang yang dah berkeluarga tidak seperti remaja, mereka terikat dengan komitmen pada keluarga dan kerjaya. Renung-renung kembali, remajalah golongan yang paling lapang, yang paling muda dan kuat, yang paling sihat dan kaya dengan tenaga dan macam-macam paling lagi..

Remaja golongan muda, tubuh penuh tenaga dan otak penuh geliga. Ketika ini patut kita kerah sepenuh tenaga untuk melakukan kebajikan. Pelajari ilmu agama sedalam-dalamnya di usia muda agar nanti membesar dengan asas agama yang berakar umbi yang kuat. “Manusia yang baik agamanya ibarat pokok yang rendang, selain ia memberi buah kepada orang di sekelilingnya, ia juga menyediakan tempat berteduh dari hujan dan panas terik”.

Remaja masa kini
Meniti usia remaja, ketika melangkah ke alam muda-mudi banyak perkara tidak beres dapat kita perhatikan pada remaja masa kini. Saya ingat luahan rasa seorang ustazah yang mengendalikan kursus perkahwinan di satu tempat di sekitar sabah. Katanya ada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi bila dapat laporan rupa-rupanya tidak pernah solat. Bila ditanya kenapa tak solat, katanya xpandai solat (xtau bacaan rukun-rukun solat). Kalau bacaan solat pun dia tidak tahu, maka membaca Al-Quran jauh sekali ya..dan ini sahabat-sahabat sekalian bukan kes-kes yang terpencil, banyak remaja islam seperti ini tetapi tersorok ditengah-tengah zaman yang serba mencabar ini.

Remaja kini jauh berbeza. Perbezaan yang paling besar ialah cabaran remaja masa kini tidak seperti satu ketika dulu. Melihat senario di kampus-kampus sekarang yang pelajar perempuan membuka aurat tanpa segan silu. Merata-rata aurat dibuka untuk dipertontonkan. Teringat pula Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh imam bukhari; “tiada fitnah yang lebih besar untuk lelaki selain wanita”. Sama-sama kita koreksi diri moga-moga menjadi umat Muhammad yang berkualiti tinggi!

*”Dalam hidup ini, bercakap dan mengkritik memanglah mudah, tetapi melaksanakan dan menjayakan Apa yang dicakapkan amatlah susah. Apa jua alasannya, seseorang itu perlu berusaha membikin seperti yang diucapkan, bukan cakap tak serupa bikin”.

Isnin, 2 Februari 2009

Sekularisme

Pengaruh sekularisme dalam sistem pendidikan Malaysia

Tahun 1924, kejatuhan Khilafah ‘Uthmaniyyah di turki. Tiada lagi pengawasan pemerintah islam ke atas semua umat islam semenjak itu. Penjajah2 kuffar telah menjuzuk- juzukkan umat islam kepada pecahan-pecahan Negara-negara islam atas tunjang nasionalisme. Melihat peluang yang ada di depan mata, kesempatan ini telah digunakan oleh kuasa penjajah untuk mencabut roh islam dari hati sanubari umat islam dengan cara yang begitu licik sekali dan perancangan yang amat rapi. Itulah dia sistem pendidikan sekular di negara-negara umat islam yang mereka jajahi.

Dalam sistem pendidikan Malaysia, kita telah mengambil teras dari barat(sekular) iaitu matematik, fizik, dan psikologi. Matematik, fizik dan psikologi ini dikenali dengan teras mengira, menulis dan membaca. Sedangkan dalam dunia islam yang model terunggul kita adalah Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, teras pendidikan adalah Al-Quran dan Al-Hadis. Di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat, Nabi mendidik para sahabat dengan teras-teras ini. Kurikulum yang diajar Nabi diteruskan oleh para sahabat pada generasi-generasi umat islam ketika itu. Hasil daripada sistem yang diberikan Nabi S.A.W, lahir manusia-manusia yang hebat seperti Umar Al-Khattab, Abu Bakar dan tokoh lain. Generasi seterusnya melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan tersohor seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Batutta, Al-Khindi, Al-Jabbar dan banyak lagi tokoh-tokoh islam yang mencetuskan penerokaan pelbagai cabang ilmu di dunia.

Berbalik kita pada sistem pendidikan sekular, melalui sistem ini mereka membentuk mentaliti anak-anak muslimin mengikut acuan mereka. Anak-anak didikan inilah di kemudian hari mendokong dan meneruskan sistem kuffar bila mereka meninggalkan tanah jajahan masing-masing. Inilah yang kita gelar penjajahan mentaliti/ideologi. Hasilnya, dewasa ini mereka(sekular) memomok kita dengan ketinggian teknologi mereka sehingga pemikir-pemikir kita menjadi keliru antara teknologi dengan kepentingan akidah islam yang dijunjung. Sesetengah golongan pemikir islam mula terpengaruh dengan membezakan antara agama dengan hal-hal duniawi seperti pentadbiran kerana mereka ingin diiktiraf pihak sekular sebagai intelektual bertaraf dunia.

Di sini mereka telah Berjaya melahirkan generasi umat islam yang mengambil islam separuh-separuh sahaja seterusnya menjadikan umat ini hina dimuka bumi….Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab(Taurat) dan mengingkari sebahagian yang lain?maka tidak ada balasan (yang pantas)bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat..Surah Al-Baqarah : 85. Rakan-rakan sekalian, musuh-musuh islam sangat tekun mengkaji Al-quran untuk menjatuhkan agama ini dan penganutnya. Mungkin ayat di atas ini mereka pegang dan mereka yakin dengan firman Allah ini. Mereka gunakan strategi ini,maka dapat dilihat kejatuhan umat islam.

Pengunjung budiman sekalian, sekadar pendapat ana yang daif ini, kalaulah kita ingin melihat generasi islam yang gemilang seperti satu ketika dahulu, teras pendidikan kita perlu diperkasakan berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Tidak cukup sekadar kita mendabik dada dengan pencapaian umat islam beratus-ratusan tahun yang lampau tetapi kini hanya tinggal cerita yang semakin sukar diteladani. Apabila pegangan Al-Quran dan Al-Hadis sudah tersemat di dalam jiwa umat ini, barulah pendidikan lain dipupuk supaya segala ilmu yang ditimba itu akhirnya bermatlamat mencari keredhaan Allah dengan mentadbir alam untuk kesejahteraan sejagat. Bukan untuk kepentingan material atau untuk menindas orang lain. Jangan disamakan buku-buku akademik karangan manusia dengan Kitab Al-Quran.